Cara mudah
untuk mengedit gambar menggunakan Photoshop CS5
Sering kali hasil gambar yang kita ambil menggunakan
kamera adalah tidak memuaskan. Ini adalah perkara yang biasa dan sering kali
berlaku mahupun kepada jurugambar profesional. Oleh itu, di sini saya ingin
berkongsi beberapa teknik yang mudah yang boleh anda guna untuk menjadikan
gambar anda lebih menarik.
1. Teknik yang pertama ialah
Cropping.
Cropping digunakan untuk membuang bahagian gambar yg
mengganggu, dan untuk memperbaiki komposisi gambar. Untuk memilih bahagian
gambar utk di’crop’, sila gunakan rule of thirds, yang boleh dibaca daripada
laman wikipediahttp://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds
Seperti contoh gambar di atas, saya meng’crop’ gambar
tersebut supaya subjek adalah lebih ‘prominent’ daripada imej asal. Command
‘Rectangular Marque Tool’ digunakan untuk memilih bahagian gambar yang ingin
di’crop’, kemudiannya Command Image->Crop digunakan untuk melaksanakan
Cropping.
2. Teknik yang kedua ialah
levelling utk memperbaiki contrast dan white balance.
Levelling digunakan untuk mengatasi masalah gambar
yang kurang kontras/’contrast’. Kontras gambar boleh dikenalpasti melalui
histogram, yang sedia ada pada semua kamera digital terkini. Contoh histogram
dalam Photoshop CS5 adalah seperti di bawah
Melalui histogram, kita dapat mengenalpasti bahawa
gambar berkenaan kekurangan pixel yang gelap/dark, pada bahagian ‘Shadows’.
Utk melaksanakan command ‘level’, anda boleh gunakan
toolbox pada sebelah kanan paparan, pilih Layers.
Click pada ‘Create new
fill/adjustment layer’, pilih Levels.
Untuk memudahkan proses kerja, pilih Auto. Photoshop
CS5 akan secara automatik mengaturkan setting Levels supaya gambar akan lebih
kontras. Anda hanya perlu bermain dengan slider ‘mid tone’ utk mendapatkan
warna yang sesuai utk muka subjek.
Kemudian, utk white balance, gunakan eyedropper untuk
memilih mana-mana bahagian gambar yang bewarna putih. Level tool akan secara
automatik mengubah aturan level bagi 3 warna utama (RGB) untuk meberikan white
balance yg tepat bagi gambar tersebut.
3. Teknik yang ketiga ialah
‘Curve’ untuk mengawal ‘tonal’ dan kontras gambar, lebih daripada apa yang
diberikan oleh command Levels.
Layer ‘curve’ boleh ditambah melalui button ‘Crete
new/adjustment layer’, pada window Layers. Untuk gambar subjek manusia,
kebanyakan editing adalah untuk mendapatkan tonal muka yang lebih lembut dan
cantik. Oleh itu, curve seperti di bawah digunakan.
Hasil gambarnya adalah
seperti di bawah
Dengan hanya 3 command ini, gambar ini telah berjaya
diperbaiki menjadi jauh lebih baik daripada gambar yang asal.
Pada artikel lain, saya akan menceritakan bagaimana
untuk menggunakan ‘Lightroom 3′ untk mengedit koleksi gambar-gambar dengan
lebih cepat dan mudah. Walaubagaimanapun, pengetahuan yang diperolehi daripada
penggunaan Photoshop amat membantu dalam pemahaman konsep editing ‘Lighroom 3′
nanti.
0 komentar:
Posting Komentar